Rabu, 06 Januari 2010

1.0 Pengenalan

Tatabahasa ialah satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat. Urutannya seperti ini :

- Perkataan bergabung membentuk frasa, frasa bergabung membentuk ayat
- Dua atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. Ayat-ayat dalam ayat majmuk dikenali sebagai klausa (klausa juga dikenali sebagai ayat kecil)

Pengetahuan tatabahasa membantu pengguna bahasa membuat ungkapan yang lebih kompleks, dengan canggih dan betul.

1.1 Morfologi
Dua bidang penting dalam tatabahasa bahasa Melayu iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan kata yang sama. Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah:
i. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:
- kata asli bahasa Melayu
- kata pinjaman bahasa Melayu
ii. Bentuk kata terdiri daripada:
- kata tunggal
- kata terbitan
- kata majmuk
- kata ganda
Manakala proses pembentukan kata bahasa Melayu meliputi:
- pengimbuhan
- penggandaan
- pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan di atas, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek baru dalam proses pengimbuhan.


iii. Golongan kata terdiri daripada:
- kata nama
- kata ker ja
- kata adjektif
- kata tugas
Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Morfem dan kata berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Contoh :

‘berpeluh’  2 morfem : ber+peluh
‘berkakikan”  3 morfem : ber+kaki+kan
‘saya’  1 morfem : saya


Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num
Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersama-sama morfem lain). Contoh :
- Morfem bebas – ‘saya’
- Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk perkataan seperti ‘berkakikan’

Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja.

Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.






Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:
Morfem bebas
Morfem terikat






Morfem bebas Morfem terikat/imbuhan
1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, cuti, sekolah, periksa
2. mempunyai makna sendiri 1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber
2. Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.
Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut:
Morfem terikat/imbuhan
Awalan - ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya, membaca, menghafal.
Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar
Sisipan - diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak).

Apitan - ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per……..an, permainan.









1.2 Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah:
i. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan pembinaannya,
serta pembahagian subjek dan predikat
ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan
iii. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif
iv. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang
v. Binaan ayat:
- ayat dasar
- ayat tunggal
- ayat terbitan atau majmuk

vi. Proses penerbitan ayat:
- konsep ayat terbitan
- proses pengguguran
- proses penyusunan semula
- proses peluasan
vii. Aspek tanda baca

2.0 Aspek Morfologi

2.1 Jenis-jenis kata

Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

2.1.1 Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku






Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

a) Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
b) Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh :
berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar

2.1.2 Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan :
a) Kata Terbitan Berawalan
b) Kata Terbitan Berakhiran
c) Kata Terbitan Berapitan
d) Kata Terbitan Bersisipan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :
a) imbuhan awalan
- unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’  ber+sukan

b) imbuhan akhiran
- unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’  makan+an
imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’  kembali+kan

c) imbuhan apitan
- imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan
Contoh : imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’  men+debar+kan
imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an

d) imbuhan sisipan
- unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan
Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’
imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’

2.1.3 Kata Terbitan Berawalan

Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan ‘pe’)
pembawa, pembuat (‘pem’)
suprakelas, supranasional (‘supra’)

b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (‘me’)
berjalan, berganti, berserta (‘ber’)

c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (‘ter’)
secerah, setebal, senipis (‘se’)

2.1.4 Kata Terbitan Berakhiran

Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh :

a) Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (‘-an’)
sasterawan, angkasawan (‘-wan’)
budiman, seniman (‘-man’)
peragawati, seniwati (‘-wati’)
nasionalisme, patriotisme (‘-isme’)

b) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (‘-kan’)
duduki, turuti, berkati (‘-i’)

2.1.5 Kata Terbitan Berapitan

Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (‘pe…an’)
kelainan, kedukaan (‘ke…an’)

b) Kata Kerja : memainkan, melukakan (‘me…kan’)
beralaskan, berlaukan (‘ber…kan’)
diyakini, disirami (‘di…i’)
dipergunakan (‘diper…kan’)
memperdagangkan (‘memper…kan’)
keselesaan (‘ke…an’)
c) Kata Adjektif : kemelayuan (‘ke…an’)

2.1.6 Kata Terbitan Bersisipan

Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan –perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : kelingking, telunjuk (‘..el..’)
keruping, seruling (‘..er..’)

b) Kata Adjektif : kelebak, selerak (‘..el..’)
gemilang, semerbak (‘..em..’)

2.1.7 Kata Majmuk

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.

Kata majmuk terbahagai kepada tiga :

a) Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji, kebolehubahan

b) Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu

c) Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita

d) Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana


Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:

a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.
Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.

b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus.
Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.

c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.

Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:

a) dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh :
duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa = jawatankuasa

b) perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya walaupun dan adalah.

c) dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.

d) dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh :
pindah milik  dipindahmilikkan
tukar ganti  ditukargantikan

e) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh :
campur aduk  bercampur aduk
temu bual  ditemu bual


Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.





2.1.8 Kata Ganda

Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang.

Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya.

Terdapat tiga jenis kata ganda :

a) Penggandaan penuh
- proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.

b) Penggandaan separa
- proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

c) Penggandaan berentak
- proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
- Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal - penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok, hina-dina

ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.

iii) Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.

Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.

a) gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-meja, bukit-bukau
b) gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu-kupu
c) gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula
d) gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih.
e) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.


3.0 RAGAM AYAT

Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan pasif.
3.1 Ayat aktif
Ayat aktif mengandungi kata kerja aktif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Ayat aktif transitif mengandungi kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Kata kerja transitif mempunyai dua bentuk : yang pertama tidak menerima imbuhan ( seperti makan, minum) dan yang kedua menerima imbuhan ‘men-‘ ( seperti memanggil, melanda)

Contoh :
- frasa nama sebagai objek:
Guru disiplin memanggil pelajar itu.
Banjir kilat melanda Kuala Lumpur.

- ayat komplemen sebagai
Pengawas memberitahu bahawa pelajar itu sudah pulang.
Pengetua mengumumkan bahawa kawasan sekolah perlu dibersihkan setiap hari.
3.2 Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang dibina dengan mengutamakan objek asal sebagai pokok atau bahagian yang diterangkan. Ayat ini mempunyai kata kerja yang ditandai oleh penanda pasif seperti imbuhan ‘di-‘, ‘ter-‘, ‘ber-‘ serta ‘ke-‘dan ‘-an’.
Contoh :
Kain itu belum berlipat
Penjenayah itu ditangkap oleh polis.
- bagi ayat pasif yang berkata kerja pasif ‘di-‘, kata sendi ‘oleh’ dan frasa nama yang berkedudukan selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa merosakkan makna struktur ayat
Contoh : Penjenayah itu ditangkap polis malam tadi.
Namun jika binaan ‘oleh’ dan frasa nama itu terletak jauh daripada kata kerja, maka ‘oleh’ tidak boleh digugurkan.

Bagi ayat pasif dengan kata ganti diri orang pertama dan kedua, jenis kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Ini kerana kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif ‘di-‘.
Contoh : Buku itu jangan sekali-kali kau baca lagi.

Ayat pasif dengan kata bantu pasif ‘kena’ pula mempunyai perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
Contoh : Pengedar dadah itu kena tangkap.











4.0 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Minggu : Minggu Keenam (6)
Tarikh : 10 Februari 2009
Tingkatan : 5C
Tajuk : Kata Majmuk
Objektif : Pada akhir pelajaran, para pelajar diharapkan dapat:
1. Mengetahui definisi kata majmuk.
2. Menyatakan jenis-jenis kata majmuk dan memberikan contoh bagi setiap jenisnya.
3. Mengetahui tentang pembentukan kata majmuk yang mengandungi kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, kata adjektif majmuk, dan kata adjektif ganda.
4. Menyenaraikan contoh-contoh kata majmuk dari keratan akhbar dengan betul secara bertulis.
5. Menjawab 8 daripada 10 soalan kata majmuk dengan betul di dalam lembaran kerja.

HPU : 7.0
HPK : 7.1 7.3
HHP : Aras 1 (ii) Aras 1 (iii) Aras 2 (iii) Aras 2 (iii)

Aktiviti :
 Guru menjelaskan tentang kata majmuk dan pecahan-pecahan kata majmuk .
 Guru mengemukakan soalan ringkas bercorak kritis kepada para pelajar untuk dijawab secara lisan (menggunakan ayat sendiri).
 Komentar akan diajukan oleh guru terhadap setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar.
 Para pelajar akan menyenaraikan beberapa contoh kata majmuk di atas kertas mahjong dan pembentangan kumpulan akan dijalankan.

KBT : Kontekstual
: Kecerdasan Pelbagai

Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan menyeronokkan kerana para pelajar gemarkan penyelitan unsur komedi dan jenaka di samping penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk keratan akhbar dan persembahan power point.
Rancangan Harian
Langkah/
Masa Isi Pelajaran Aktiviti murid / aktiviti guru Catatan
Set Induksi
(5 minit) Keratan akhbar :
• Sayang-menyayangi
• Tolong-menolong
• Jujur
• Ikhlas
• Bertanggu ngjawab
• Guru memaparkan keratan akhbar menggunakan power point.
• Murid diminta melihat paparan slaid secara aktif
• Guru bersoal jawab dengan murid mengenai isi penting yang terdapat dalam keratan akhbar yang dipaparkan. • Kecerdasan pelbagai
• Interpersonal
Nilai
Patriotisme
Langkah 1
(10 minit)





Paparan power point :
• Definisi kata majmuk
• Contoh kata majmuk bercantum dengan partikel pun
• Contoh kata majmuk yang mantap penggunaannya dan dieja bercantum
• Contoh kata majmuk yang dieja terpisah

Aktiviti 1
• Murid diminta membentuk kepada beberapa kumpulan kecil.
• Guru memaparkan slaid power point mengenai kata majmuk.
• Guru menerangkan mengenai definisi kata majmuk menggunakan slaid power point dan bersoal jawab dengan murid.

Aktiviti 3
• Guru menunjukkan contoh-contoh kata majmuk dengan paparan slaid power point Kontekstual
Kecedasan Pelbagai
• Interpersonal
Langkah 2
( 15 minit)



Keratan akhbar :
• Kata majmuk dengan partikel pun
• Kata majmuk yang telah mantap penggunaan
• Kata majmuk yang dieja terpisah Aktiviti 1
• Guru mengedarkan keratan akhbar. Guru membaca keratan akhbar tersebut terlebih dahulu.
• Murid membaca bersama-sama guru.

Aktiviti 2
• Murid diminta menyenaraikan beberapa kata nama majmuk yang terdapat dalam keratan akhbar di atas kertas mahjong yang diberi.
Aktiviti 3
• Semua kumpulan hendaklah memaparkan hasilan kumpulan masing-masing di hadapan kelas. Nilai:
• Patriotisme

Belajar cara belajar
• Mencatat nota
• Mencirikan
Langkah 3
(15 minit)



Hasilan perbincangan kumpulan :
Pembentangan Aktiviti 1
• Guru dan murid membincangkan mengenai hasilan setiap kumpulan secara lisan.
Belajar Cara Belajar
• Membuat rujukan
Kecerdasan Pelbagai:
• Interpersonal
Langkah 4
(15 minit)
Lembaran kerja :
• Isi tempat kosong berdasarkan kata majmuk yang diberi.

Aktiviti 1
• .Guru mengedarkan lembaran kerja berkaitan kata majmuk.
• Murid diminta untuk menjawab soalan-soalan di dalam lembaran kerja.
• Perbincangan mengenai lembaran kerja yang telah di jawab oleh murid. Kecerdasan Pelbagai
• Interpersonal
• Intrapersonal










5.0 LATIHAN :
1. Mereka berangkat ke Amerika Syarikat dengan _________________
(kereta, kapal, layar) terbang dari Singapura pagi semalam.
2. Pegawai pertanian itu menasihatkan mereka menggunakan baja ______
(tanah, pasir, bata) bagi menyuburkan tanamannya.
3. Mesir memberi __________ (fikiran, amaran, kata) dua kepada Israel supaya meninggalkan Semenanjung Gaza.
4. Semua (maha, warga, para) siswa yang mendaftar dikehendaki menyertai program orientasi.
5. ___________ (rakyat, marhaen, warga) negara yang bertanggungjawab sentiasa taat terhadap hukum dan undang-undang negaranya.
6. Sultan itu tidak mahu melantik ________________ (putera, puteri, raja) untuk menggantikannya.
7. ____________ (lebuh, jalan, lorong) raya timur barat yang dibina dari Kelantan ke Kedah memakan masa bertahun-tahun sebelum disiapkan.
8. Pulau Pinang dan Melaka mesti melantik ________________ (ketua, perdana, datuk) menteri masing-masing.
9. Mamalia mempunyai ________________ (tulang, batang, urat) belakang sebagai pusat sistem sarafnya.
10. Semua anggota yang baru perlu berangkat ke __________________ (padang, lorong, jalan) tembak untuk latihan menembak.




RUJUKAN :
1. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi ( Siri pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Batu Caves : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
2. Ali Mahmood. Dr (2008). HMBL2103 Pembelajaran morfo sintaksis
Bahasa Melayu. Seri Kembangan : Open University Malaysia.
3. Arbak Othman. (1985). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
4. Arbak Othman. (2000). Pengajaran nahu Bahasa Melayu. Serdang :
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
5. Nik Safiah Karim. (1989). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
6. Sulaiman Masri. (2006). Tatabahasa melayu. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.





Bahagian A
Soalan 1
Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan jenis-jenis perkataan dalam bahasa Melayu.

PENGENALAN MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentu dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Perkataan juga adalah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfem pula boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah forfem yang dapat wujud bersendirian contohnya sekolah dan laut. Sebaliknya morfen terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Contohnya imbuhan ber- perlu wujud bersama-sama dalam bersekolah dan –an dalam lautan. Unit-unit ini tidak boleh wujud tanpa kata dasar.
Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.






PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Asal usul orang-orang Melayu (penutur asli bahasa Melayu) amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno iaitu nenek moyang orang-orang Melayu.
Penutur-penutur asal bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia. Mereka dating dari daerah Yunan dan terdapat dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia yang menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kemudian datang pula golongan kedua yang dikenali sebagai Melayu Deutro yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara.
Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaannya.
Bahasa Melayu sekarang menghadapi masa depan yang amat cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segi penggunaan yang luas dan diperakui oleh rakyat Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan Negara juga telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu. Mereka telah menerima pendidikan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu juga berupaya dan bersaing dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan bahasa-bahasa lain.
Mungkin yang masih perlu dilakukan terhadap bahasa Melayu ialah meningkatkan status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur keindahan. Demi menjaga kedaulatannya, kita harus berusaha mengindahkannya, mewujudkan unsur-unsur yang menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yang diperkatakannya bukan sahaja tepat tetapi juga dalam bentuk yang menarik dan

menyentuh cita rasa yang tinggi. Inilah cabaran yang harus diterima oleh rakyat Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

JENIS-JENIS PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU

Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Sempadan perkataan ini bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran kita. Ia tidak ditandai apabila kita menggunakan perkataan, baik dalam tulisan atau pun pertuturan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan seperti berikut:
i) Kata tunggal
ii) Kata terbitan
iii) Kata majmuk
iv) Kata ganda

i) Kata Tunggal

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar. Ia tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis.
Jenis yang pertama merupakan unit yang bebas dan berdiri sendiri sebagai satu ayat. Contohnya;
- makan
- saya
- sihat
- sungguh
- bahaya


Jenis kedua ialah kata tugas iaitu unit-unit yang tidak dapat berdiri dengan sendiri tetapi memerlukan sekurang-sekurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contohnya:
- di mana?
- untuk siapa?
- ke Johor?
Kata tunggal yang dilihat dari segi persukuana kata, boleh mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau satu vokal disertai konsonan (K) atau beberapa konsonan. Konsonan demikian hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya secara serentak. Ia terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih dan akronim.
Jenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan umumnya melalui pencatuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Contohnya:
- cerpen bermaksud cerita pendek
- jentolak bermaksud jentera tolak
- tadika bermaksud taman didikan kanak-kanak
- Petronas bermaksud Petroleum Nasional
- Proton bermaksud Perusahaan Otomobil Nasional


ii) Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan iaitu satu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan.. Sama ada imbuhan itu di awal, sisipan, akhiran atau apitan.


Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas sementara imbuhan merupakan morfem terikat. Contoh kata terbitan yang mempunyai kata dasar daripada morfem bebas seperti berjalan dan lukisan.
Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhankan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Proses pengimbuhan juga boleh berlaku pada kata dasar daripada jenis terbitan dan kata majmuk. Contoh perkataan yang mengandungi kata dasar daripada jenis kata terbitan dan kata majmuk ialah:
i) imbuhan dengan kata dasar terbitan.
- peN + ketua = pengetua
- meN + ketepi + kan = mengetepikan
ii) imbuhan dengan kata dasar majmuk.
- ber + darah panas = berdarah panas
- peN + kuat kuasa + an = penguatkuasaan
Kata terbitan awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan seperti pelari, pendatang, pelajar, mahasiswa, juruterbang, tatacara dan sebagainya. Awalan dalam bahasa Melayu yang wujud dalam kata kerja terbitan pula contohnya seperti melawan, membawa, mendaki, berjalan, belajar, terjebak, disusun dan sebagainya. Manakala awalan yang wujud dalam kata adjektif pula contohnya seperti terbesar, terputih, terendah, secantik, secerah, setebal dan sebagainya.
Kata terbitan akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh akhiran kata nama ialah pakaian, jahitan, sasterawan, seniwati, hadirin, ustazah dan sebagainya. Manakala contoh akhiran kata kerja pula ialah buatkan, gunakan, besarkan duduki, dekati dan sebagainya.
Kata terbitan berapitan wujud dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contoh apitan kata nama ialah pelaksanaan, pembuatan, pendapatan, penggunaan, kedukaan dan sebagainya. Contoh apitan kata kerja ialah memainkan, mentakrifkan, menggunakan, berbantalkan, digunakan, diperdengarkan dan sebagainya.


Manakala contoh apitan kata adjektif pula seperti kearaban, kecinaan, keinggerisan dan sebagainya.
Akhir sekali kata terbitan bersisipan wujud dalam sisipan kata nama dan sisipan kata adjektif. Contoh sisipan kata nama seperti kelengkeng, telunjuk,seruling dan sebagainya. Manakala sisipan kata adjektif pula seperti selerak, gelembung, serabut, gemilang dan sebagainya.

iii) Kata Majmuk

Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Proses pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa. Cara mengeja kata majmuk berbeza-beza antara satu bahasa dengan bahasa lain.
Dalam bahasa Melayu, kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat beberapa kecualian oleh sebab kelaziman penggunaan. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok seperti berikut:
a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contoh kata majmuk
yang lazim:
- air mata
- meja makan
- sudut tepat
- kata kunci
- hati batu
Termasuk juga bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran contohnya:
- Perdana Menteri
- Raja Muda
- Setiausaha Politik
- Profesor Madya
- Ketua Setiausaha Negara

b) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya:
- garis pusat
- hak milik
- segi tiga
- kertas kerja
- cari gali
- mata pelajaran
c) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa, contohnya:
- kaki ayam
- anak emas
- manis mulut
- tumbuk rusuk
- berat tulang
- pilih kasih
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang diberi pengecualian dan dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan walaupun bentuk kata tersebut nyata mengandungi dua kata dasar. Contoh kata majmuk yang kecualian:
- antarabangsa
- bumiputera
- jawatankuasa
- kakitangan
- tanggungjawab

iv) Kata Ganda

Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.


Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan atau tidak. Contoh penggandaan penuh seperti negara-negara, guru-guru, besar-besar dan sebagainya. Contoh kata ganda penuh termasuk imbuhan seperti pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih, persatuan-persatuan dan lain-lain lagi.
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertama. Contoh penggandaan separa adalah seperti lelaki, jejari, rerama, sesiku dan sebagainya.
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Pengandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
i) Penggandaan berentak pengulangan vokal contohnya sayur-mayur, kuih-muih, selok-belok, lauk-pauk dan sebagainya.
ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan contohnya gunung-ganang, bukit-bukau, mundar-mandir, mandi-manda dan sebagainya.
iii) Penggandaan berentak bebas contohnya anak-pinak, saudara-mara, lintang-pukang, hiruk-pikuk dan sebagainya.









Bahagian A
Soalan 2
Pilih salah satu bahan mengajar yang sesuai untuk mengajarkan jenis-jenis perkataan dalam bahasa Melayu kepada murid-murid tahun enam. Penggunaan bahan bantu mengajar tersebut boleh disokong dengan penggunaan rajah, alat atau apa sahaja bahan lain yang bersesuaian. Pemilihan strategi dan teknik juga amat penting untuk merealisasikan pengajaran anda.


MORFOLOGI


PERKATAAN




KATA TUNGGAL KATA MAJMUK






KATA TERBITAN KATA GANDA





JENIS PERKATAAN
DEFINISI
JENIS-JENIS
CONTOH
i) Kata Tunggal - Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. i) Bebas dan dapat berdiri dengan sendiri.
ii) Tidak dapat berdiri dengan sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
iii) Akronim i) -kamu
-sudah
-makan
ii)-di mana?
-ke kuala Lumpur
-dari Terengganu




iii) –Mara
-Bernama
-Tadika
-ABIM
ii) Kata Terbitan - Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan dan sisipan. i) Kata terbitan awalan.
- Kata nama
- Kata kerja
- Awalan kata
ii) Kata terbitan akhiran.
- Kata nama
- Kata kerja
iii) Kata terbitan apitan.
- Kata nama
- Kata kerja
- Kata adjektif

iv) Kata terbitan sisipan.
- Kata nama
- kata adjektif i) - pelajar, pesara
-merasa, berjalan
-terbesar, setebal


ii)-pakaian,seniman
-gunakan, besarkan, turuti

iii) –permainan
- memainkan
- kecinaan



iv) –telunjuk,kekabu
-gelembung,
gemilang
iii) Kata Majmuk - Proses yang merangkaikan dua kata atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. i) Rangkaian kata bebas termasuk gelaran.
ii) Berbentuk istilah khusus.
iii) Mendukung maksud kiasan.
i) - alat tulis, jam tangan, air hujan dan sebagainya.
ii) – hak milik, segi tiga, kanta tangan.
iii) anak emas, buah hati, berat tangan.
iv) Kata Ganda - Proses yang menggandakan kata dasar. i) Kata ganda penuh
ii) Kata ganda separa
iii) Kata ganda berentak i) – buku-buku, guru-guru, sekolah-sekolah.
ii) – lelaki, lelangit, tolong-menolong, kasih-mengasihi.
iii) – cerai-berai, bukit-bukau, mandi-manda.










Tuliskan perkataan yang diberi ke dalam kategorinya yang betul.




Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda









Guru memaparkan rajah jenis-jenis perkataan. Guru memberi penjelasan tentang jenis-jenis perkataan dan contoh-contohnya. Murid-murid meneliti rajah yang disediakan oleh guru. Dengan bimbingan guru, murid diminta memberikan contoh-contoh lain. Guru bersoaljawab dengan murid selepas diberikan penerangan untuk menguji kefahaman mereka.
Kemudian, murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengisikan jadual dengan perkataan-perkataan yang disediakan ke dalam kategori masing-masing. Kumpulan yang cepat dan betul diberikan penghargaan.

Bahagian B
Soalan 1
Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan ragam ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu.

SINTAKSIS

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Sintaksis dapat melahirkan pelbagai jenis ragam dan ayat serta pembentukannya. Kita perlu mematuhi peraturan atau rumus pembinaannya. Sebenarnya, selain kehadiran unsur seperti subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat serta urutan perkataan, terdapat juga ciri-ciri lain yang harus diberi perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat.
Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang sintaksis sebagai penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat termaksuklah penanda kasus, kala dan unsur keserasian.
Penanda kasus memainkan peranan penting bagi menentukan kegramatisan sesuatu ayat. Perlu diingat bahawa dalam bahasa Melayu tidak terdapat penanda kasus sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Rusia dan bahasa Turki.
Satu lagi penanda tatabahasa yang terdapat dalam proses pembentukan ayat dalam beberapa banyak bahasa ialah penanda kala, iaitu penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, sama ada akan, sedang atau sudah berlaku.

Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Unsur keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting, sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis.
Akhir sekali, satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentukan maknanya atau terdapat binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam hubungan ini juga daya pengetahuan atau kecekapan berbahasa yang ada pada seseorang penutur tentang struktur unsur membolehkannya mengatasi masalah ketaksaan ayat yang berlaku.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa bidang sintaksis yang mengkaji persoalan bentuk, struktur dan binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalam penganalisisan sesuatu bahasa.

RAGAM AYAT

Ayat terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat mengandungi unsure klausa yang terdiri daripada frasa dan frasa pula terbentuk daripada bentuk-bentuk perkataan. Oleh sebab bilangan ayat yang dapat dibentuk dalam sesuatu bahasa itu tidak terhad, maka dapat diduga bahawa binaan-binaan ayat yang wujud dalam sesuatu bahasa itu terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan ragam. Bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat itu menentukan sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.


i) Ayat Aktif

Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.


Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Walau bagaimanapun, ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama objek sebagai unsure penyambut kata kerjanya. Contohnya:
- Ali menendang bola.
- Anjing itu mengejar kucing.

Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ada dua jenis ayat aktif tak transitif iaitu:
i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
ii) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang mengandungi frasa keterangan secara pilihan. Contohnya:

A-i) Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
ii) Kanak-kanak sedang mandi.

B-i) Dia menangis sepanjang hari.
ii) Dia menangis.

C-i) Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja.
ii) Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar.

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk

menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan. Contohnya:

A-i) Dia berada di Kuala Lumpur.
ii) *Dia berada.

B-i) Kebanyakan penganggur tinggal di rumah setinggan.
ii) *Kebanyakan penganggur tinggal.

C-i) Bas itu menuju ke utara.
ii) *Bas itu menuju.

ii) Ayat Pasif

Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif. Ia mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya:
- Bola ditendang oleh Ali.
- Kucing itu dikejar oleh anjing.
- Buku itu saya baca.
Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada:
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.
iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-. Contohnya:



Subjek Kata kerja pasif oleh + frasa nama Keterangan
Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.
Sampah-sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.
Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya.
Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun.

Sekiranya binaan oleh+FN yang letaknya selepas kata kerja, kata sendi oleh boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contohnya:
- Barang itu sudah diambil Ali semalam.
- Sampah-sarap dibakar ayah pagi tadi.
Sekiranya binaan oleh+FN itu terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contohnya:
i) Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali.
- Barang itu sudah diambil semalam Ali.
ii) Sampah-sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.
- Sampah-sarap dibakar pagi tadi ayah.
Ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke-…-an. Dalam ayat-ayat begini, bahagian oleh+FN biasanya tidak diperlukan. Contohnya:
Subjek Predikat
Mereka kehujanan sepanjang hari.
Seluruh kampung kegemparan.
Baju itu berjahit dengan benang sutera.
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja

dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas. Kata ganti diri yang berbentuk penuh adalah seperti saya, aku, engkau, awak, anda, kami dan kita. Manakala bentuk kata ringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau. Contohnya:
Subjek Frasa kerja dengan kata ganti nama diri pertama/kedua Keterangan
Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
Makanan itu belum kurasai lagi.
Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.
Tugas ini mesti kami pikul dengan sepenuh tenaga.

Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti:
- Saya tendang bola itu.
Ia berasal daripada ayat pasif susunan biasa:
- Bola itu saya tendang.

Ayat pasif dengan kata bantu pasif kedua mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh+FN boleh secara pilihan digugurkan seperti dalam contoh berikut:
Subjek kena Kata kerja dasar oleh+frasa nama
Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).
Dia kena tipu (oleh pemuda itu).
Mereka kena hasut (oleh anasir luar).
Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas).







Bahagian B
Soalan 2
Bina satu rancangan pengajaran yang lengkap bagaimana anda boleh mengajarkan penulisan ayat tunggal yang gramatis di dalam kelas tahun 5 yang menggabungjalinkan dengan pengajaran bacaan dan kefahaman.

Rancangan Mengajar

Hari : Selasa
Tarikh : 17 Februari 2009
Masa : 8.45-9.45 pagi
Kelas : Tahun 5 Melur
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Keluargaku Berwawasan
Tajuk : Cerita Datuk
Kemahiran :
Fokus Utama
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
(Aras 1) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.
Fokus sampingan
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
(Aras 3) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;
i) Menyusun perkataan menjadi 5 ayat tunggal yang betul dan tepat.
ii) Menjawab 5 soalan pemahaman dengan betul secara lisan.
Kemahiran Bernilai Tambah : Menghubungkait, mengecam, menyesuaikan,
menyusun atur dan mengkategori.
Nilai murni : Semangat patriotik, bekerjasama, tekun dan tabah

Langkah/ Masa Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Impak/Catatan



Set induksi
5 minit
1) Guru memaparkan gambar tentera jepun sedang menangkap sebuah keluarga.
2) Guru meminta murid memberikan pendapat mereka tentang gambar yang dilihat.
3) Guru bersoaljawab dengan murid tentang pahlawan-pahlawan dahulu.
4) Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pada hari ini iaitu ‘Cerita Datuk’.
BBM :
Gambar
Nilai murni :
Semangat patriotik




Langkah 1
(Bacaan)
10 minit
1) Murid-murid diedarkan petikan bertajuk “Cerita Datuk”.
2)Seorang murid diminta berdiri dan membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
3)Murid-murid lain pula diminta mengikut bacaannya.
4) Guru akan membetulkan kesilapan bacaan murid.
5) Murid lain akan dipilih untuk membaca perenggan yang berikutnya.
BBM :
Petikan

Nilai murni :
Ketabahan

KBT :
Mengecam



Langkah 2
(Kefahaman)
10 minit



1) Guru meminta beberapa orang murid untuk menceritakan semula secara ringkas apa yang telah dibaca oleh mereka.
2) Guru memberikan 5 soalan pemahaman kepada murid.
3) Murid diberi masa mencari jawapan.
4) Beberapa orang wakil murid membacakan jawapan mereka.
KBT :
Menghubungkait

Nilai murni :
Bekerjasama






Langkah 3
(Ayat tunggal)
10 minit




1) Guru memperkenalkan ayat tunggal kepada murid dan memberikan contoh-contoh ayat tunggal yang gramatis.
2) Guru meminta murid-murid mencari beberapa ayat tunggal yang terdapat di dalam petikan.
3) Murid-murid diminta menyenaraikan ayat tunggal yang telah mereka cari di dalam petikan.
KBT :
Mengecam
Mengkategori










Langkah 4
(Tatabahasa)
10 minit
1) Guru meminta murid menyenaraikan kata hubung yang mereka tahu.
2) Guru menunjukkan beberapa contoh ayat tunggal yang disambungkan menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung tersebut.
3) Guru meminta murid mengisi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai supaya menjadi ayat majmuk yang lengkap.
4) Guru membincangkan jawapan bersama-sama.

KBT :
Menghubungkait
Menyesuaikan



Langkah 5
(Pengayaan)
10 minit
1) Guru memberikan 5 ayat tunggal yang tidak tersusun perkataannya.
2) Guru meminta murid-murid menyusun semula ayat tunggal menjadi ayat tunggal yang sempurna dan gramatis.
3) Murid-murid membincangkan jawapan bersama-sama guru.
4) Murid-murid diminta menulis jawapan mereka di dalam buku latihan.
KBT :
Menyusun atur

Nilai :
Kerjasama





Penutup
(5minit)

1) Guru meminta murid-murid menjelaskan semula tentang penulisan ayat tunggal yang gramatis.
2) Guru mengulang semula apa yang dicakapkan oleh murid-murid.
3) Guru memberikan pujian kepada murid-murid kerana memberikan jawapan yang baik.
Nilai :
Tekun
Bersungguh-sungguh

Petikan Cerita Datuk.

Malam telah larut. Semua tahanan telah tidur. Datuk bangun lalu berjalan terbongkok-bongkok kea rah pintu. Pintu bilik berkunci. Datuk menuju ke tingkap sebelah kanan. Datuk cuba menolak daun tingkap itu perlahan-lahan. Datuk menoleh ke belakang. Tiada sesiapa yang melihat pergerakan datuk. Daun tingkap terkuak. Datuk memanjat daun tingkap itu perlahan-lahan.
Tiba-tiba datuk terasa sesuatu terkena pada lutut kirinya. Datuk terlanggar kawat duri. Kaki datuk terasa pedih. Datuk berhenti merangkak. Ada darah keluar daripada luka itu. Datuk membuka baju lalu mambalut luka. Datuk terus merangkak.
Ada longkang di hadapan datuk. Bau dari longkang itu sungguh meloyakan. Datuk tiada pilihan. Datuk masuk ke dalam longkang untuk keluar daripada kawasan markas.
“Aku berjaya!” bisik hati datuk.
Datuk nampak beberapa orang askar Jepun sedang meronda di sekitar kawasan tempat tahanan. Datuk merangkak perlahan-lahan ke pagar kawat berduri. Datuk pun menyusup keluar dari situ.


Hati datuk masih berdebar-debar. Dalam suasana yang gelap itu, datuk berjalan perlahan-lahan di celah-celah pokok. Setelah jauh berjalan, datuk ternampak sebatang jalan. Tanpa membuang masa, datuk berlari sekuat-kuat hati. Akhirnya datuk tiba di sebuah surau. Beberapa orang jemaah sedang menunggu masa untuk menunaikan solat subuh. Mereka terperanjat apabila melihat datuk. Mereka telah menempatkan datuk di satau tempat persembunyian.

Jawab soalan pemahaman di bawah.
1.) Mengapakah kaki datuk terasa pedih?
2.) Apakah yang dilakukan oleh datuk apabila melihat darah keluar dari lukanya?
3) Bagaimanakah datuk melepasi pagar kawat berduri itu?
4) Pada pendapat kamu, mengapakah hati datuk berdebar-debar?
5) Apakah yang dilakukan oleh jemaah apabila melihat datuk?
1. PENGENALAN

KATA TUGAS (TATABAHASA DEWAN)
EDISI BAHARU BAB 9 (237)

Morfologi

Bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Sintaksis

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.


Kata Tugas

Pendahuluan
Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, predikat frasa kerja, mahupun predikat frasa adjektif. Kata-kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugas yang disebutkan di atas, maka kata tugas dapat dijeniskan kepada jenis-jenis yang berikut:

kata hubung
kata seru
kata tanya
kata perintah
kata pangkal ayat
kata Bantu
kata penguat
kata penegas
kata nafi
kata pemeri
kata sendi nama
kata pembenar
kata arah
kata bilangan
kata penekan
kata pembenda

Kelompok Dasar Kata Tugas

Untuk memudahkan penghuraian, bolehlah dikelompokkan 16 jenis kata tugas ini ke dalam 4 kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, sebagai yang berikut:

i. kata penyambung ayat
ii. kata praklausa
iii. kata prafrasa
iv. kata pascakata

Tiap-tiap kelompok mengandungi jenis-jenis kata tugas tertentu seperti yang berikut:

Kata penyambung ayat, yang terdiri daripada satu jenis kata tugas, iaitu kata hubung. Kata hubung terdiri daripada 2 jenis:
kata hubung gabungan
kata hubung pancangan

a. keterangan
b. komplemen
c. relatif

Kata praklausa
1. kata seru
2. kata tanya
3. kata perintah
4. kata pembenar
5. kata pangkal ayat

Kata prafrasa
1. kata Bantu
2. kata penguat
3. kata penegas
4. kata nafi
5. kata pemeri
6. kata sendi nama
7. kata arah
8. kata bilangan

Kata pascakata
1. kata penekan
2. kata pembenda

Kata Penyambung Ayat

Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gabungan dihubungkan dengan kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk pancangan dihubungkan dengan kata hubung pancangan. Keterangan lebih lanjut tentang ayat majmuk dan jenis-jenisnya terdapat dalam

Bab18.

Kata hubung gabungan

Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbantuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Berikut diberi beberapa contoh kata hubung gabungan:

dan
lalu
atau
malahan
tetapi
sambil
serta
kemudian

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut

Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.
tetamu itu bangun lalu turun ke Serambi
mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak
Bukan Ali sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan.
Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal.
Ia berkata-kata sambil merenung wajah temannya.
walita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya
Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah.
Dia mengambil surat itu lalu menyerahkannya kepada Ahmad.
Ahli politik itu berpidato sambil menepuk-nepuk dadanya.

Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

i. kata hubung pancangan relatif
ii. kata hubung pancangan komplemen
iii. kata hubung pancangan keterangan

i. Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang.

Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti yang berikut:
11. Pemuda yang kena tangkap itu telah diberi amaran.
12. Budak yang sedang membaca itu adik saya.
13. Buku yang dibeli Ahmad itu buku sejarah.
14. Mereka menonton drama yang disukai ramai.
15. Saya membeli baju yang berwarna hijau.
16. Ali memanggil kanak-kanak yang sedang bermain itu.
17. Ibu menghalau kucing yang mencuri ikan tadi.
18. Alia menangis mendengar cerita yang sedih itu.
19. Mak Minah yang berjaja kain itu jiran saya.
20. Bangunan yang sedang dibina itu kepunyaan syarikat kami.

ii. Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung pancangan komplemen, ringkasnya kata komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata complement yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk.
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

21. Guru itu menyatakan bahawa murisnya sangat rajin.
22. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.
23. Ibu itu memberitahu bahawa anaknya akan pulang esok.
24. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
25. Sungguh mustahil untuk banduan itu melepaskan diri.
26. Kami tidak menyedari bahawa mereka bukan ahli persatuan.
27. Pegawai-pegawai itu beranggapan bahawa mutu kerja perlu ditingkatkan.
28. Kita harus sentiasa ingat bahawa hidup di dunia ini sementara sahaja.

iii. Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Beberapa contoh kata keterangan adalah seperti yang berikut:

kerana
agar
meskipun
sekiranya
semoga supaya
kalau
andaikata
kendatipun
hingga
jika(lau)
semasa
sementara
setelah
sewaktu
ketika
tatkala
untuk
walaupun
sungguhpun
apabila

Contoh penggunaannya dalam ayat:
29. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.
30. Pertunjukkan itu akan ditangguhkan sekirannya tiada sambutan.
31. Kalau musuh menyerang kami akan melawan.
32. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
33. Sementara menanti padi masak petani itu menanam jagung.
34. Pencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak tidur.
35. Walaupun kurang sihat, dia tetap menghadiri majlis usrah itu.
36. Pertahanan negara perlu diperkuat agar keamanan sentiasa terjamin.
37. Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.
38. Kami akan merayu andai kata permohonan itu ditolak.
39. Pekerja-pekerja itu akan mogok jikalau perundingan gagal.
40. Penonton bersurai setelah permainan selesai.
41. Tatkala hujan turun mereka masih di sawah.
42. Sungguhpun letih pemain handal itu terus bermain juga.
43. Meskipun hari sudah lewat Ali belum pulang juga.
44. Murid itu belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam peperiksaan.
45. Usah kita bercakap kasar terhadapnya, kendatipun ia seorang yang sombong.
46. Semasa kami tiba mereka tiada di rumah.
47. Sewaktu polis membuat pemeriksaan barang itu tiada padanya.
48. Nira dapat dikumpul untuk dibuat manisan atau tuak.
49. Apabila senja tiba kelawar berterbangan keluar mencari makanan.

Beberapa contoh penggunaan Kata Hubung “hingga” dan “kerana” dalam ayat konkordens dalam teks Hikayat Abdullah

1. a akan dia pada siang malam; ***hingga*** sampailah kepada waktu perja
2. gajar akan Tuan Thomsen itu, ***hingga*** sampai beberapa lamanya, ada
3. di batu itu, Wallahu a`lam. ***Hingga*** sampailah tinggal batu itu k
4. h yang tersangkut dalam hati ***hingga*** sampai sekarang ini. Maka ba
5. aku pulang balik ke Melaka, ***hingga*** sampailah kepada suatu tahun

1. kepada tuan paderi Thomsen, ***kerana*** adalah halku pada ketika itu
2. anjutkan akan perkataan ini, ***kerana*** bukannya hajatku mengarang y
3. ang yang ada beranak banyak; ***kerana*** demikianlah diperbuat oleh o
4. ayar pergi berniaga ke Siak, ***kerana*** perniagaan terbuka dalam neg
5. b dipanggilnya demikian itu, ***kerana*** tiga belas tahun umur nenekk
6. main barang ke mana sukaku; ***kerana*** adalah pada masa itu kesukaa
8. entur akan dia, ia mengikut, ***kerana*** ia lagi lembut. Maka apabila
9. araku Muhammad Latif itulah, ***kerana*** ia lah yang banyak memukul d
10. alah bolah didakwa akan dia, ***kerana*** ia mengajar baik. Sebag
11. ga-bunga dan gambar- gambar, ***kerana*** pada masa itu aku biasakan t
12. uratnya, iaitu bahasa Hindu, ***kerana*** adalah adat dalam bahasa neg
13. rang tua-tua kampung sahaja; ***kerana*** adalah pada tiap-tiap kampun
14. gkau biasakan menulis malam, ***kerana*** nanti lekas rosak mata; dan
15. takut barangkali ada salah, ***kerana*** belum pernah- pernah aku mem
16. an bahawa aku memuji diriku. ***Kerana*** berfikirlah tuan-tuan, maka
17. atut belajarkan bahasa Arab, ***kerana*** ia itu yang berguna kepada a
18. ang-orang yang tersebut itu, ***kerana*** lebihlah pengetahuan dan pen
19. u tiadalah terbilang adanya, ***kerana*** tiada mengetahui hukumnya, a
20. "Apakah gunanya dipelajari, ***kerana*** ia itu bahasa kita; lagipun
21. ka mereka itu demikian, oleh ***kerana*** kukuhnya kota itu, serta den
22. escaya banyaklah orang mati; ***kerana*** ada beberapa banyak jin syai
23. oleh Inggeris akan kota itu, ***kerana*** teguhnya. Dan lagi oleh seba
24. nya. Maka apalah boleh buat? ***Kerana*** dengan taksirnya sendiri ia
25. gaimanakah perbuatannya itu, ***kerana*** seumur hidup orang Melaka be
26. masa kepada suatu masa. $$54 ***Kerana*** kebesaran dan kemuliaan duni
27. nakan oleh bangsa lain-lain, ***kerana*** pada sangkanya demikianlah k
28. mendengar perkataannya itu, ***kerana*** berlainan tabiatnya itu dari
29. a dengan bijaksananya. ***Kerana*** kecuali kebanyakan kulihat o
30. at yang akan dikirimkan itu; ***kerana*** ini pekerjaan mahu lekas, ti
31. angan rupanya dan pakaiannya ***kerana*** namanya begitu masyhur. Maka
32. itu takjublah sangat hariku, ***kerana*** kusangkakan bagaimanakah rup
33. ada ia pun dibunuh hukumnya. ***Kerana*** sekali-kali tiada diluluskan
34. sebab mendengar khabar itu, ***kerana*** lagi se-Jumaat sahaja semua
35. sahaya hendak bercakap tuan, ***kerana*** takut ada orang Holanda puny
36. rapakah mati sahaya tak tahu ***kerana*** gelap sangat." Maka adapun t
37. k disuruhnya baca surat itu, ***kerana*** ia mengetahui bahasa Jawa. M
38. hendak dipukulnya akan dia, ***kerana*** pada ketika itu aku ada meng
39. `Mari kita singgah di Jambi; ***kerana*** angin $$88 ini terlalu kenca
40. Sekarang bagaimana bicaramu? ***Kerana*** kita tiada boleh menyampaika
41. ayarkan bersungguh- sungguh? ***Kerana*** ini ketika bukannya musim an
42. rik nafas sebentar-sebentar; ***kerana*** pada hari itu ia hendak memu
43. ar, engkau pergi naik lekas, ***kerana*** pukul empat dia mahu belayar
44. esar kepada Tuan Lord Minto, ***kerana*** ia sudah mengaku, mengatakan
45. udiannya yang tiada berguna. ***Kerana*** telah diketahuinya tabiat ma
46. annya dari sebab mati, tuan, ***kerana*** ia lagi budak-budak, belum b
47. dak belajar bahasa Inggeris, ***kerana*** belum lagi ada tempat belaja
48. tau bertutur Inggeris betul, ***kerana*** tiada yang belajar. Sya
49. halnya paderi Inggeris itu, ***kerana*** belum pernah aku melihat dan
50. bersalahan noktahnya sahaja. ***Kerana*** $$96 dalam surat-surat Melay
51. Sudah terang lagi bersuluh. ***Kerana*** kecuali sepuluh kulihat bany
52. ya, "Apa buat belajar, tuan, ***kerana*** sahaya sendiri punya bahasa,
53. kalian itu tiada kuendahkan, ***kerana*** kuketahui ia itu orang bodoh
54. lidahnya, lagi lambat dapat, ***kerana*** ia susah menyebut perkataann
55. ah dipakai tanda itu ***kerana*** demikianlah hukumnya dalam h
56. ian. Maka tiadalah aku mahu, ***kerana*** bersalahan dengan pelajarank
57. penanggalan akan darah itu, ***kerana*** penanggalan itu konon takut
58. angkali tersangkut perutnya. ***Kerana*** ada ceritanya, datang penang
59. barang tempat atau tempayan, ***kerana*** ia itu gunanya merendamkan p
60. a perkara yang tersebut itu. ***Kerana*** asalnya pekerjaan itu semuan
61. a kehilangan tongkat adanya. ***Kerana*** adalah telah beberapa lamany
62. ma hukumnya menduakan Allah. ***Kerana*** sekali-kali tiada yang lain
63. atau di $$116 Tanah Keling. ***Kerana*** kuketahui yang demikian itu
64. ebutkan nama-nama kitab itu, ***kerana*** melanjutkan pekerjaan adanya
65. anya. Tiadalah berdaya lagi, ***kerana*** tiada lulus kehendaknya. Dan
66. erlebih bapaku membelanjakan ***kerana*** bersuka hatinya anaknya seor
67. ukannya seperti dahulu lagi, ***kerana*** pulang pula kepada adat yang
68. sekaliannya itu kutegurkan, ***kerana*** menurut jalan bahasa Inggeri
69. engerti salinan Holanda itu, ***kerana*** bukannya aturan bahasa Melay
70. t yang patut ada ditiadakan. ***Kerana*** masing-masing kecualinya gur
71. Apakah kelak fikiran orang? ***Kerana*** kitab itu tempat orang Maseh
72. Maka dalam fahamku demikian, ***kerana*** belum pernah aku mendengar d
73. mengambil negeri Melaka itu. ***Kerana*** pada sangka mereka itu boleh
74. a yang ada dalam Melaka itu. ***Kerana*** mereka itu menempelak aku se
75. nda alangkah banyak gunanya? ***Kerana*** banyak Holanda itu hendak be
76. endak belajar bahasa Melayu, ***kerana*** selama-lamanya negeri ini na
77. mana patut sampai ia datang. ***Kerana*** pada masa itu ia pergi ke Ac
78. endak dilantikkan Bendahara, ***kerana*** keduanya itu sama putera mar
79. u bernama Pancuran Larangan, ***kerana*** ia itu tempat segala gundik
80. sekalian tiada berani naik, ***kerana*** banyak puakanya. Kerana seha
81. hentilah daripada berteriak, ***kerana*** sakit kena sengat lipan itu
82. binatang dihisapnya darahnya ***kerana*** ia segera hendak menjadi ula
83. eri itu, tiada akan menjadi. ***Kerana*** bukannya sedikit-sedikit bel
84. eminta daripada tuan dahulu, ***kerana*** ia pekerjaan besar adanya."
85. nta silakan Tengku ke Selat, ***kerana*** hendak diangkat oleh mereka
86. jalan dari tepi laut sahaja; ***kerana*** takut berjalan di hutan dara
87. a waktu itu terlalulah jinak ***kerana*** belum pernah dikail orang se
88. il dan memakai kolek sahaja, ***kerana*** belum pernah ia melihat oran
89. r Inggeris yang ada di sini. ***Kerana*** segala bangsa sebelah sini s
90. lalu susah di seberang sini, ***kerana*** semuanya tanah lumpur, dan l
91. a, asal boleh segera terang, ***kerana*** semuanya itu lagi hutan bela
92. tong tanah di Kampung Gelam, ***kerana*** kemudian nanti menjadi kampu
93. tiadalah dapat dibaca orang, ***kerana*** sudah bekas haus dimakan air
94. , tetapi tiada dapat dibaca, ***kerana*** oleh tersangat lama, tenggel
95. sempit, tiada boleh selesa, ***kerana*** diapit orang kiri-kanan. Lag
96. mpuan hendak berjalan-jalan, ***kerana*** tempat ini di tengah- tengah
97. a, istimewa bangsa Inggeris. ***Kerana*** terlalu banyak bencana yang
98. n kepada orang-orang Melaka, ***kerana*** seumur hidup mereka itu dala
99. n orang memakai senjata itu, ***kerana*** adalah beberapa banyak kebaj
100. yu dengan tiada suka belajar ***kerana*** sementara dia lagi kecil ini
101. fles di rumah Tuan Farquhar, ***kerana*** itu hari ada bicara orang $$
102. anya diketahui sekalian itu? ***Kerana*** ia itu berguna dalam dunia y
103. an itu meninggalkan akhtiar, ***kerana*** adalah tersebut dalam bebera
104. oleh belajar dengan mudahnya ***kerana*** dengan bahasanya sendiri. Ak
105. pa, boleh cuma-cuma belajar. ***Kerana*** makin lama kelak makin ramai
106. beri lebih daripada sahaya, ***kerana*** pekerjaan ini berguna kepada
107. ihan barang sedikit jua pun, ***kerana*** kulihat apabila budak-budak
108. gan ayam jantan itulah juga, ***kerana*** itulah yang telah dipandangn
109. pada sebulan sepuluh ringgit ***kerana*** pada masa itu kebanyakan ora
110. bukannya seperti zaman ini, ***kerana*** pada masa itu jikalau ada ba
111. uklah ia dengan dukacitanya, ***kerana*** serinya telah tiada. Adapun
112. h dapat begitu punya untung, ***kerana*** ia itu kepala doktor, ia dat
113. menyamun dan membunuh orang ***kerana*** hampir- hampir semuanya mere




KATA TUGAS (TATABAHASA BAHASA MELAYU)
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS (AH) 203




KATA TUGAS

Pendahuluan

Kebanyakan perkataan mempunyai makna. Perkataan-perkataan kata nama, kata kerja dan kata sifat, semuanya mempunyai makna. Tetapi, ada perkataan tidak mempunyai makna. Perkataan-perkataan itu hanya mempunyai tugas. Oleh yang demikian perkataan-perkataan itu disebut kata tugas. Walaupun kata tugas tidak mempunyai makna, tetapi perkataan-perkataan itu penting kerana tugas-tugas yang dimainkan olehnya dalah mustahak.

Jenis-jenis Kata Tugas

Kata tugas terdiri daripada 14 jenis iaitu:

Kata sendi
Kata hubung
Kata arah
Kata pemeri
Kata Bantu
Kata penguat
Kata penegas
Kata nafi
Kata tanya
Kata perintah
Kata pembenar
Kata bilangan
Kata seru
Kata pengkal ayat

Kata Hubung

Ada satu lagi jenis kata tugas yang selalu dikelirukan dengan kata sendi. Kata tugas itu ialah kata hubung. Kata sendi dan kata hubung berlainan. Kata sendi digunakan dalam frasa tetapi kata hubung digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, ataupun ayat dengan ayat. Kata hubung dalam bahasa Melayu boleh jadi dalam bentuk akar ataupun terbitan.

Kata hubung berbentuk akar ialah:

dan
kalau
hingga
dengan
lalu
yang
jika
atau
kerana
kemudian
sambil
agar
walau
serta
supaya
demi
demikian
ketika
walhal

Kata hubung bentuk terbitan ialah:

setelah
walaupun
andaikata
semoga
kendatipun
jikalau
sekiranya
sungguhpun
pada hal
semasa
meskipun
sedangkan
sementara
sewaktu
bagaimanapun
sekalipun
seketika
itupun
sesungguhnya
sayugianya
mahupun
seandainya
mudah-mudahan
malahan
seharusnya
sebaiknya
moga-moga

1.1 Pendahuluan

Mengkaji dan membincangkan berkenaan Tatabahasa Melayu sudah sekian lama dijalankan oleh para sarjana bahasa kita. Bermula dengan Za’ba, lahirlah beberapa tokoh penting dalam perkembangan kajian tatabahasa Melayu seperti Asmah Hj. Omar, Abdullah Hassan, Nik Safiah Karim, Siti Hajar Abdul Aziz dan beberapa yang lain untuk menghasilkan beberapa buku tatabahasa sebagai panduan dan perbandingan yang akan menjadi sandaran kepada semua peringkat institusi pendidikan di negara kita. Pada masa kini, sarjana-sarjana bahasa seperti Asmah, Abdullah dan Nik safiah masih hangat memperluaskan bidang kaijan tatabahasa melayu yang lebih tuntas dan mampu dikembangkan berlandaskan rumus-rumus tatabahasa mengikut keperluan kepada bidang pendidikan bahasa.

Kajian tatabahasa Melayu sentiasa menjadi tumpuan terutamanya kepada pengguna-pengguna bahasa Melayu di semua peringkat pengajian mahupun di sekolah rengah ataupun hingga ke peringkat universiti. Kajian yang akan dijalankan berhubung dengan Sendi Kata/Kata Hubung yang termasuk dalam penggolongan Kata Tugas. Dalam beberapa buku yang telah dihasilkan oleh ahli bahasa, telah membincangkan berkenaan sendi kata/kata hubung yang hadir dalam ayat, di mana keutamaannya mempunyai fungsi yang amat penting dan hadir untuk menghubungkan frasa dengan frasa ataupun ayat dengan ayat terutamanya dalam kajian sintaksis.

Pada dasarnya, kajian ini adalah untuk menghuraikan fungsi sendi kata dalam golongan kata tugas secara tuntas menggunakan beberapa kaedah seperti deskripsi struktur bersandarkan data korpus bercetak dan digital. Hasil daripada kajian ini akan dapat memperkemaskan lagi kajian-kajian awal yang telah dibuat oleh sarjana-sarjana bahasa tersohor.


1.2 Penyataan Masalah

Para sarjana bahasa mempunyai pandangan yang agak sama mengenai penggunaan kata tugas dalam pembentukan ayat. Buku Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar menyatakan bahawa kata partikel (kata tugas) tidak mempunyai makna atau berdiri sendiri tetapi mempunyai fungsi yang amat penting dalam sesuatu ayat. Abdullah Hasan dalam bukunya Tatabahasa Melayu, menyatakan bahawa kata tugas tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas tertentu mengikut keperluan sesuatu ayat. Ini nyata dibincangkan dalam bukunya dan membahagikan kata tugas kepada 14 kata lain mengikut penggunaannya dalam sesuatu ayat. Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim membahagikan 16 kata tugas yang berfungsi mengikut keperluan ayat tersebut.


1.3 Tujuan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mencapai perkara-perkara seperti berikut;
mengenal pasti benuk-bentuk sendi kata dalam kata tugas berdasarkan tinjauan korpus bercetak dan digital.
mengenal pasti fungsi sendi kata dalam struktur sintaksis.
menghasilkan deskripsi sendi kata yang lebih lengkap.
melihat implikasi kajian ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di semua peringkat institusi pendidikan.
mencadangkan satu modul pengajaran sendi kata yang sesuai berdasarkan standardisasi yang dibuat.


1.4 Kepentingan Kajian

Kajian yang dibuat ini diharap memberi sumbangan kepada bidang ilmu bahasa khususnya yang berkaitan dengan penghuraian sendi kata dalam kata tugas bahasa melayu. Hasil daripada kajian ini diharap dapat memenuhi dan melengkapkan tatabahasa melayu dengan cara mengenal pasti semua sendi kata (kata tugas) dalam bahasa melayu serta menjelaskan fungsi-fungsinya dalam kajian sintaksis. Selain daripada itu, kajian ini akan mencadangkan strategi pengajaran sendi kata (kata tugas) yang lebih efektif seterusnya dapat menyumbang kepada kajian tentang faedah dan prinsip pengajaran dan pembelajaran tatabahasa melayu.

Secara khususnya, kajian ini akan dapat memberi menafaat kepada pengguna bahasa melayu secara umumnya. Bagi guru-guru bahasa malayu, kajian ini diharap dapat membantu mereka menjelaskan dan menerangkan fungsi penggunaan sendi kata yang sesuai dan lebih efektif agar mudah difahami oleh pelajar. Bagi penggubal kurikulum pula diharapkan kajian ini mampu memberi panduan yang jelas dan membantu mereka menentukan hala tuju pendidikan bahasa melayu yang berkaitan dengan penggunaan seni kata (kata tugas) tatabahasa melayu secara jitu dan seterusnya memberi menafaat terhadap kepentingannya. Pada keseluruhannya, kajian ini diharap dapat menjadi satu landasan dan panduan untuk kajian-kajian akan datang, sama ada ingin menambah atau meluaskan kajian kepada aspek-aspek nahu yang lain.


1.5 Batasan Kajian

Kajian ini dibataskan pada beberapa aspek seperti:

a) bahan yang dikaji ialah berdasarkan data korpus daripada akhbar terpilih, bahan klasik dan moden, sama ada yang bercetak ataupun berbentuk digital.
b) aspek yang dikaji hanya memfokuskan kepada sendi kata dalam penggolongan kata tugas sahaja dan difokuskan kepada bentuk-bentuk tunggal, terbitan dan gabungan yang terdiri daripada 143 sendi kata semuanya.
c) pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan kajian sendi kata lebih tertumpu kepada kaedah deskripsi struktur yang menggunakan data korpus sebagai bahan kajian.

1.6 Definisi

1.6.1 Sendi Kata

Kajian terhadap sendi kata berkait rapat dengan penggolongan kata tugas yang diwakili oleh kata sendi atau kata hubung, khususnya perkataan-perkataan yang menerangkan semua jenis kata kecuali kata nama. Menurut Za’ba (2002) dalam buku pelita bahasa, menerangkan bahawa sendi kata adalah perkataan yang berfungsi untuk menerangkan perkataan-perkataan lain selain daripada kata nama. Menurut beliau juga sendi kata juga disebut sebagai kata penghubung atau kata sambung di mana perkataan yang digunakan untuk menghubung atau menyambung perkataan yang setaraf, kata dengan kata/frasa, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat. Za’ba membahagikan sendi kata kepada dua iaitu sendi kata penambah dan sendi kata penambat yang mempunyai fungsi yang berlainan.

Asmah dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir menyatakan sendi kata sebagai kata partikal dan kata penghubung iaitu kata yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat minimal tanpa bantuan perkataan lain. Beliau menyatakan bahawa kata partikal mempunyai sifat yang terikat, seperti halnya dengan morfem terikat. Bezanya partikal dengan morfem terikat ialah partikel merupakan unsur frasa dan oleh kerana itu bertaraf kata, sedangkan morfem terikat adalah unsur kata dan dari itu bertaraf morfem. Partikal merupakan kata struktural, yakni kata yang hanya dapat berfungsi dan mempunyai makna dalam struktur tertentu. Partikal boleh merupakan partikal tunggal atau partikal majmuk. Partikal tunggal adalah partikal yang terdiri daripada satu perkataan sahaja, sedangkan partikal majmuk adalah partikal yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih, misalnya daripada, kepada, sama ada, bagaimana, sungguhpun, dan sebagainya.

Buku Tatabahasa Dinamika dan Tatabahasa Bahasa Melayu (morfologi dan sintaksis) yang ditulis oleh Abdullah menerangkan bahawa semua perkataan mempunyai makna seperti kata nama, kata kerja san kata sifat, tetapi ada perkataan yang tidak mempunyai makna. Walaupun ini tidak mempunyai makna tetapi perkataan-perkataan ini penting kerana tugas-tugas yang dimainkannya adalah mustahak. Perkataan-perkataan itu hanya mempunyai tugas dalam pembentukan sesuatu ayat. Beliau menyatakan terdapat 144 kata sendi yang terdiri daripada kata akar, kata terbitan, dan kata majmuk.

Dalam buku Tatabahasa Dewan edisi baharu oleh Nik Safiah dan rakan-rakannya mengatakan bahawa kehadiran kata sendi daripada golongan kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, predikat frasa kerja, mahupun predikat frasa adjektif. Kata-kata ini ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu.


2.0 LITERATUR BERKAITAN

2.1 Tatabahasa Deskriptif dan Tatabahasa Melayu

Siti Hajar dalam bukunya tatabahasa Bahasa Malayu (perkataan), mengatakan tatabahasa termasuk dalam bidang linguistik deskriptif, iaitu bidang yang menghuraikan bahasa mengikut cara-cara saintifik. Bidang yang termasuk dalam kajian ini ialah fonologi, morfologi dan sintaksis. Kesemua bidang ini dikaji secara saintifik dan kemudian dibuat peraturan-peraturan tertentu yang merupakan peraturan khusus atau undang-undang bahasa itu.

Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa secara am. Bidang ini disebut juga sebagai fonetik. Terdapat perbezaan antara bidang fonetik dan fonologi. Bidang fonetik menumpukan kajian pada aspek-aspek bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Tetapi bidang fonologi mengkaji system-sistem bunyi pertuturan tertentu bagi sesuatu bahasa. Dengan perkataan lain, fonetik melibatkan pengumpulan keterangan-keterangan tentang bunyi-bunyi bahasa dari segi sifat-sifat fisiologi dan fizikal, semantara fonologi menggunakan kriteria-kriteria linguistik untuk pembahagian dan penjenisan bahan-bahan yang diambil dalam bidang fonetik. Bidang fonologi berfungsi untuk merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk mendapatkan peraturan dan bunyi yang tertentu. Bidang fonetik tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, menghalusi variasi-variasinya, serta menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia

Morfologi ialah satu bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata. Dengan perkataann lain, morfologi mengkaji selok-belok kata dan fungsi gramatik atau makna perubahan bentuk kata itu. Misalnya, dalam bahasa melayu ada perkataan rumah yang dapat menerbitkan perkataan-perkataan lain seperti ke rumah, perumah, rumah-rumah, rumah tangga dan rumah kongsi. Setiap contoh tersebut mempunyai makna yang berbeza akibat penggabungan morfem dengan morfem terikat atau morfem bebas yang lain. Perbezaan ini wujud apabila terdapat perubahan pada bentuk kata akar atau kata dasarnya. Oleh itu, bidang yang dikaji dalam morfologi ialah morfem dan kata. Morfem ialah unit gramatikal terkecil yang mempunyai makna semantara kata pula ialah unit terkecil yang mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri.

Sintaksis pula ialah bahagian atau cabang daripada tatabahasa yang membicarakan selok-belok frasa, klausa, ayat dan wacana. Ini bermakna, sintaksis berbeza daripada morfologi yang membicarakan selok-belok morfem dan kata. Perbincangan tentang ayat, klausa, frasa dan hubungan antara ayat-ayat pada peringkat wacana termasuk dalam bidang kajian sintaksis. Sintaksis sebagai sebahagian daripada ilmu linguistic yang berusaha menjelaskan unsur-unsur sesuatu satuan serta hubungan antara unsur-unsur itu sama ada dari segi fungsi atau hubungan makna.

Lufti Abas dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu menyatakan bahawa Linguistik deskriptif ( studi sinkronik ) adalah satu daripada cabang linguistik yang mempelajari satu bahawa pada satu waktu tertentu dan seterusnya terbahagi menjadi:
1) Fonologi, mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia yang terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonimik.
2) Morfimik iaitu mempelajari morfim-morfim dan cara-cara penyatuan mereka menjadi kata-kata.
3) Sintaksis iaitu mempelajari ayat-ayat dan frasa-frasa, dan cara-cara pembentukan mereka.

Bahasa Melayu mempunyai pengertian yang amat luas. Sarjana-sarjana linguistik komparatif berpendapat bahawa bahasa Melayu berasal daripada Rumpun Bahasa Austronesia atau Melayu-Polynesia. Kebanyakan ahli bahasa dan linguistik memberikan pengertian dan konsep bahasa yang hampir sama antara satu sama yang lain. Pada umumnya, bahasa dapat diertikan sebagai system lambing-lambang yang diujarkan oleh manusia oleh manusia dengan menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat pada mereka. Lambang-lambang yang diujarkan itu mengandungi makna-makna tertentu berdasarkan lingkungkan masyarakat yang menuturkannya.

Tatabahasa Bahasa Malayu mula dikaji oleh Marsden, dalam tahun 1812 dan sumbangannya itu telah ditulis dalam bukunya yang berjudul Grammar of the Malay Language. Buku ini dipercayai merupakan penulisan tatabahasa Melayu yang pertama sekali. Sarjana-sarjana lain selepas Marsden yang mengkaji tentang tatabahasa bahasa Melayu ialah Crawford (1852) dan Maxwell (1881). Bebepapa penulisan tentang tatabahasa Melayu yang lebih baru telah dilakukan oleh Winstedt pada tahun 1927, melalui bukunya Malay Grammar yang dianggap lebih ‘comprehensive’ dalam Tatabahasa Melayu.


2.2 Penghuraian Sendi Kata

Za’ba (1958) ada membicarakan sendi kata yang merujuk kepada kata penghubung atau kata sambung di mana perkataan-perkataan yang digunakan untuk menghubung atau menyambung perkataan yang setaraf, kata dengan kata/frasa, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.

Asmah pula membicarakan sendi kata sebagai partikel dan kata penghubung. Partkel adalah kata yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat minimal tanpa bantuan perkataan lain. Partikel merupakan kata struktural, yakni kata yang hanya dapat berfungsi dan mempunyai makna dalam struktur tertentu.

Abdullah hassan telah menyenaraikan sejumlah kata sendi dalam kajian dan dapatan terbarunya yang terdiri daripada 144 semuanya. Daripada itu, beliau membahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu kata akar, kata terbitan dan kata majmuk. Dalam bukunya tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, menerangkan kata sendi tidak mempunyai makna tertentu tetapi mempunyai tugas yang penting dan sentiasa hadir di depan perkataan yang diterangkan olehnya.


3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, kaedah deskriptif struktur digunakan dengan memberi tumpuan pada hubungan konstituen terdekat. Bahan-bahan kajian berdasarkan kepada data-data korpus yang diperoleh daripada bahan-bahan bercetak terpilih sahaja.

Bahan-bahan bercetak yang dipilih merupakan beberapa karya klasik dan moden yang ditulis oleh tokoh-tokoh tersohor tanahair. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa tajuk dalam akhbar berita harian tahun 2002 yang akan buat berdasarkan keperluan kajian. Data-data yang diambil adalah data asal yang disalin daripada teks sebenar selepas dimasukan ke dalam data komputer untuk dianalisis mengikut pola-pola penggunaan sendi kata.

Kaedah deskriptif struktur digunakan untuk melihat penggunaan sebenar pelbagai bentuk sendi kata dalam bahasa melayu berdasarkan bahan korpus bercetak sahaja. Ini termasuklah daripada teks klasik, teks moden dan beberapa tajuk dalam Berita Harian terbitan tahun 2002.

Reka bentuk kajian adalah seperti berikut:

Data korpus karya-karya bercetak

Data korpus berkomputer dalam bentukdigital


Analisis fungsi
Rumusan pola-pola sendi kata


3.2 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan data korpus yang dianalisis daripada bahan-bahan bercetak dan sebahagian besarnya akan menggunakan data korpus berkomputer yang diperoleh daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahan-bahan bercetak yang digunakan adalah seperti berikut:

a. dua buah teks klasik, iaitu Hikayat Abdullah dan Sejarah Melayu.
b. dua buah teks moden, iaitu Novel Salina dan Ranjau Sepanjang Jalan.
c buku-buku tatabahasa yang ditulis oleh Za’ba (1958), Asmah Hj. Omar (1986), Abdullah Hassan (1994) (2002), Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (1989) (2003).
d. Akhbar tempatan, iaitu Berita Harian (sukan)

3.3 Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data berkaitan kajian sendi kata adalah seperti berikut:
Mengkaji buku-buku tatabahasa lama dan baru untuk memahami konsep dan penghuraian sendi kata.

Menjalankan kajian rintis penggunaan sendi kata dalam buku ‘Hikayat Abdullah’
Mengkaji data korpus bercetak dan berkomputer (digital)

3.4 Prosedur Penganalisisan Data

Data-data korpus yang dikumpul daripada bahan-bahan teks klasik, teks moden dan akhbar Berita Harian (sukan) dianalisis melalui proses-proses berikut:
Mendapatkan konstruksi sendi kata dalam bahan bercetak dan baris-baris konkordans.
Mengamati fungsi setiap sendi kata berdasarkan konteks menggunakan kaedah KWIC (Key Word In Context) dan kolokasi.
Mengklasifikasi data korpus berdasarkan fungsi dalam konteks.
Menghasilkan rumus.


Senarai Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika (Berdasarkan Tatabahasa Dewan). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2004).Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis). Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (1968). Morfologi-Sintaksis Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (1986). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Liaw Yock Fang, Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Lufti Abas. 1975. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa. (1989). Tatabahasa Dewan Jilid 2 : Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2003). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Posted by Prof. Emeritus Abdullah Hassan at 5:09 PM

Tidak ada komentar:

Posting Komentar